1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini akan mengumumkan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dipertingkatkan, yang dijangka menjadi pencetus perubahan apabila ASEAN menonjolkan dirinya sebagai "ideal" kepada rantaian bekalan global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) - Menyelesaikan isu-isu kritikal ASEAN, sama ada mengenai Myanmar atau Laut China Selatan, perlu dilakukan secara bersama-sama dan bukan semata-mata bergantung kepada usaha pengerusi pertubuhan 10 anggota itu.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor akan mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil kerajaan dan syarikat di Qatar yang berpotensi meningkatkan ekonomi dan pelaburan sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negeri itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Cabaran demografi yang kini dihadapi oleh negara ASEAN menjadi antara perkara penting yang harus ditangani oleh Visi Komuniti Asean (ACV) 2045 untuk 20 tahun akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Penganjuran acara Siri CEO Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Institut REHDA) 2025 yang dijadualkan pada 16 Jan, 2025, berupaya menjadi pemacu sektor hartanah dan ekonomi Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, Jan 8 (Bernama) -- Negara anggota ASEAN perlu berusaha untuk mencapai kata sepakat berkenaan pelaksanaan cukai minimum global (GMT) apabila negara-negara mula menerima pakai cukai tersebut, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 8 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Lee Ting Han.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Biocon Biologics, sebuah syarikat global dengan keupayaan dalam pembangunan, pengilangan dan pengkomersialan biosimilar berkualiti tinggi, komited untuk melaksanakan pengembangan perniagaannya di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membuktikan komitmen Malaysia terhadap usaha integrasi serantau, lebih tepat lagi ketika negara ini menggalas tugas kepengerusian ASEAN pada tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 7 Jan (Bernama) -- Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju dan pertanian moden.