1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah selepas Presiden Donald Trump dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden ke-47, tidak mengumumkan sebarang tarif baharu, khususnya ke atas China.
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
BRUSSELS, 20 Jan (Bernama) -- Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui pembiayaan iklim yang lebih tinggi, pelaburan hijau, bantuan teknikal, dan inisiatif pembinaan kapasiti.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut disertai Malaysia.
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 18 Jan (Bernama) – Malaysia boleh menjangkakan peningkatan pelaburan dan perdagangan dengan United Kingdom (UK) apabila kedua-dua negara akan mempunyai perjanjian perdagangan bebas buat kali pertama menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka meneruskan momentum meningkatnya minggu depan disokong oleh lantunan semula susulan aktiviti jualan selama empat hari berturut-turut, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 17 Jan (Bernama) -- Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) menyediakan peluang pertumbuhan lebih besar dalam perdagangan, pelaburan, dan pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan United Kingdom, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Jumaat, walaupun berdepan tekanan berikutan permintaan yang agak lemah.
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 17 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia akan berusaha untuk menggiatkan semula mekanisme utama seperti ASEAN Plus 3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), yang walaupun berupaya menjadi saluran menyatukan pihak yang berbeza, namun kurang dimanfaatkan.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lemah berbanding dolar US pada penutup hari ini berikutan sentimen pasaran yang agak berwaspada menjelang perasmian Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- UEM Lestra Bhd memperoleh pembeli tenaga untuk projek loji tenaga solar hibrid satu gigawatt (1GW) di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) melalui Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).