Terdapat 1894 berita berdasarkan kata kunci carian " turun "

Pasaran Getah Kekal Tidak Menentu Minggu Depan Berikutan Kebimbangan Bekalan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu minggu depan selepas menerima penunjuk bercampur-campur dari pasaran serantau dan kebimbangan terhadap kekangan bekalan, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia.  

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Tidak Berubah Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah pada minggu hadapan dengan kecenderungan menaik sehingga pemangkin baharu muncul, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Berhati-hati, Catat Julat Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mungkin mencatatkan julat kecil apabila pelabur menilai perkembangan ekonomi utama, menurut penganalisis.

Ringgit Dijangka RM4.45-RM4.47 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Setimen pasaran yang kekal berhati-hati mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka terus mempengaruhi ringgit untuk diniagakan dalam julat RM4.45 hingga RM4.47 berbanding dolar AS minggu depan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah Ekoran Pengumuman Tarif AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain apabila sentimen pelabur terjejas susulan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives gagal mempertahankan kenaikan semalam untuk ditutup rendah hari ini berikutan kejatuhan minyak pesaing di tengah-tengah prospek yang tidak menggalakkan, menurut seorang penganalisis.

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kekukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ancaman Presiden Donald Trump untuk menaikkan tarif perdagangan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Sentimen Bercampur-campur Pasaran

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit terus lemah berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur ketika Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico pada awal Mac.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Pelabur Elak Risiko

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami penurunan berbanding kenaikan semalam untuk ditutup lebih rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil pendekatan mengelak risiko berikutan ketidaktentuan luaran yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal Khamis.