Terdapat 1894 berita berdasarkan kata kunci carian " turun "

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan Khamis, sekali gus mengakhiri peningkatan semalam di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Ringgit Mengukuh Pada Sesi Awal Ketika Sentimen Pasaran Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah dua hari berturut-turut berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Sime Darby Property Catat Prestasi Terbaik, Untung Bersih Naik Kepada RM502.2 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM502.20 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024), meningkat 23.1 peratus berbanding RM407.91 juta pada tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama dua hari untuk ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, dengan indeks komposit meningkat 1.32 peratus, didorong oleh pembelian semasa harga murah susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) --   Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Rabu, didorong oleh sentimen yang lebih baik dan pembelian saham wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam persekitaran ketidaktentuan apabila peniaga meneliti laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) dan kesan dasar Presiden AS Donald Trump terhadap ekonomi AS, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar Us

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini  selepas laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) merosot daripada jangkaan menjejaskan dolar US, mengukuhkan naratif bahawa pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat harus diteruskan tahun ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh kebimbangan terhadap bekalan yang terhad, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Derivatives Cecah Paras Tertinggi 22.75 Juta Kontrak - Wahid Omar

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Derivatives mencatat paras tertinggi dengan 22.75 juta kontrak didagangkan bagi semua produk pada 2024, peningkatan sebanyak 19 peratus daripada 19.11 juta kontrak pada 2022.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari Selasa susulan tekanan jualan merentasi papan indeks dan seiring pasaran serantau berikutan prestasi semalaman Wall Street yang hambar, kata penganalisis.