11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- My E.G. Services Bhd (MYEG) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM697.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM487.65 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Acara Ekspo Teknologi Malaysia ke-24 (MTE 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 20-22 Feb, 2025, menjadi platform bagi kalangan usahawan dan pelabur menyelami pelbagai inovasi teknologi terkini yang mampu memberi manfaat kelebihan daya saing kepada mereka.
11bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- ASE Technology Holding Co Ltd dari Taiwan secara rasmi membuka kilang kelimanya di Pulau Pinang untuk pembungkusan dan ujian cip.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Persidangan The Scaling Heights: The IPO Readiness menjadi platform bagi pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meneroka tahap kesediaan bagi mengumpul dana daripada pasaran modal, selain peluang dan cabaran untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC Berhad) anak syarikat kerajaan negeri Terengganu meraih pendapatan berjumlah RM403.8 juta bagi tahun kewangan 2024, yang merupakan pencapaian tertinggi dalam sejarah syarikat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Forum Perniagaan dan Ekspo Mutiara Afrika 2025 meramalkan potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak US$5 bilion (US$1=RM4.425) termasuk dalam penerokaan minyak dan gas.
11bulan ago
BUKIT MERTAJAM, 18 Feb (Bernama) -- Usahawan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di wilayah utara digalakkan untuk meneroka peluang pembiayaan baharu melalui Malaysia Co-Investment Fund (MYCIF).
11bulan ago
TELUK INTAN, 18 Feb (Bernama) -- Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa berikutan penjualan berlaku di kaunter wajaran tinggi, terutama Malayan Banking Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR,18 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) meluluskan pelaksanaan kerangka khusus Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang menggariskan hala tuju jelas bagi menyasarkan pembangunan 110 syarikat tempatan dalam aktiviti bernilai tinggi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Pandapat hasil pelancongan pulau peranginan, Pulau Langkawi meningkat sebanyak RM2.4 bilion atau 34.9 peratus bagi tempoh 2022 hingga 2024, berikutan peningkatan pelancong seramai 323,115 orang atau 11 peratus dalam tempoh tersebut, kata Kementerian Kewangan.