9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal bercampur-campur pada tengah hari ini dalam dagangan berhati-hati walaupun prestasi menggalakkan dalam pasaran serantau berikutan kenaikan semalaman di Wall Street.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global kekal berdaya tahan walaupun terdapat kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, dengan impak yang terhad terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di luar rantau Asia Pasifik (APAC), menurut S&P Global Ratings.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, diniagakan dalam julat yang lebih meluas dalam ketidaktentuan berterusan berikutan tarif global dan data ekonomi yang lemah, kata ahli ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) - Wujud minat yang berterusan daripada syarikat Amerika Syarikat (AS) yang mahu melabur di Malaysia di tengah-tengah ketegangan perdagangan AS-China.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan kepintaran politik yang luar biasa sebagai pengerusi ASEAN dalam mendepani cabaran yang dihadapi rantau ini, termasuk yang di luar jangka selepas beliau menggalas tanggungjawab kepengerusian blok itu daripada Laos pada Oktober lepas.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah paras 100 mata susulan permintaan yang lemah, kata ahli ekonomi.
9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 daripada 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
9bulan ago
WASHINGTON, 30 April (Bernama-dpa) -- Pengeluar kereta di Amerika Syarikat bakal menerima pelepasan daripada tarif ke atas komponen kenderaan, menurut seorang pegawai kanan Jabatan Perdagangan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan kenaikan Wall Street dipacu oleh kemerosotan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan penurunan tarif oleh Rumah Putih termasuk penarikan semula tarif berkaitan kereta sebanyak 25 peratus.