1tahun ago
Oleh Karina Imran dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pelabur kekal berhati-hati disebabkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan dan menjelang kemas kini dasar bank pusat global.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal negatif pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan selepas kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis disebabkan jualan dalam saham wajaran tinggi khususnya Public Bank and Tenaga Nasional.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini dan mata wang utama lain berikutan pengumuman Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus tahun ini memandangkan tetapan semasa kekal akomodatif terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, mencerminkan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR 22 Jan (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan prestasi positif Wall Street pada sesi dagangan pertamanya selepas Donald Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur menunggu petunjuk lanjut dari Rumah Putih berhubung perkembangan dalam dasar perdagangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) semakin hampir untuk dimuktamadkan apabila penerimaan tawaran sah setakat ini telah mencapai 86.5 peratus, kata seorang penganalisis bank asing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.