1bulan ago
PETALING JAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ambest Group Bhd, penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan yang mengkhusus dalam pemesinan ketepatan, menyasarkan untuk mengumpul kira-kira RM27.50 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 6 Feb, 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) – MMC Ports Holdings Bhd, pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia dan pengurus hab pemindahan kargo utama akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan naik taraf infrastruktur yang disasarkan serta program penambahbaikan peralatan pada 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Tadbir urus korporat yang kukuh yang berpaksikan kepada kepercayaan dan akauntabiliti adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur serta kestabilan pasaran modal Malaysia di tengah-tengah peningkatan ketidaktentuan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Manforce Group Bhd telah mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Syarikat penjenamaan dan pemasaran SBS Nexus Bhd mula disenaraikan tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- JcbNext Bhd melupuskan keseluruhan 9.45 peratus pegangan ekuitinya dalam Nova Pharma Solutions Bhd pada harga RM5.21 juta selepas menerima tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat daripada Southern Score Builders Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 didorong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dan ekonomi domestik yang rancak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA SELANGOR, 18 Jan (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya SumiSaujana TCM Chemicals Sdn Bhd (SSTCM), merancang untuk mempelbagaikan lagi operasinya ke dalam industri bahan kimia khusus berasaskan bio tahun ini.
2bulan ago
LABUAN, 16 Jan (Bernama) -- Labuan hari ini menganjurkan Dialog Strategik Minyak dan Gas (O&G) bagi mengatasi kekangan operasi dalam industri dan mengukuhkan kerjasama antara sektor swasta serta pengawal selia kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus bagi tempoh sepanjang 2026, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, demikian menurut BMI yang juga unit Fitch Solutions.
2bulan ago
JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- 5E Resources Holdings Bhd (5E Resources), penyedia perkhidmatan pengurusan sisa mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths Ltd, Amanda Lacaze akan bersara selepas 12 tahun menggalas jawatan tersebut.