Terdapat 1016 berita berdasarkan kata kunci carian " februari"

Syarikat Malaysia Disaran Manfaat Peluang Dalam Pasaran Pesat India

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Syarikat Malaysia disaran meneroka peluang merentas pelbagai sektor di India termasuk semikonduktor, tenaga dan pertanian, susulan naik taraf hubungan dua hala Malaysia-India kepada perkongsian strategik komprehensif pada 2024.

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak RM15.0 juta, hampir sama dengan RM12.8 juta dicatatkan seminggu sebelumnya, kata MBSB Investment Bank Bhd.

Pertumbuhan Suku Keempat 2025 Ekonomi Malaysia Dijangka Beri Petunjuk Momentum Asas Kukuh Untuk 2026

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku keempat 2025 dijangka melebihi paras tahun sebelumnya, memberi petunjuk bahawa momentum asas yang lebih kukuh dan risiko penurunan lebih rendah pada 2026, kata ahli ekonomi.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

India Akan Pertingkat Kerjasama Dengan Malaysia Dalam Ekonomi Digital, Semikonduktor

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- India akan mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Malaysia terutamanya dalam sektor ekonomi digital dan semikonduktor, kata Perdana Menteri Narendra Modi.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan, Menanti Hasil POC2026

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak secara mendatar minggu depan berikutan pasaran kekal dalam situasi berhati-hati.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Antara US$4,800 Hingga US$4,900 Minggu Hadapan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan antara US$4,800 hingga US$4,900 seaun minggu hadapan, kata seorang pakar ekonomi.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Menjejaki Kelemahan Pasaran Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah, menjejaki kelemahan dalam pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Walaupun Kenaikan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat walaupun pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan.

Data Ekonomi Akan Datang Dijangka Menyokong Tinjauan Pertumbuhan - Kenanga Investment

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Data domestik akan datang, termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI), data buruh, jualan runcit dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku keempat, dijangka mengukuhkan naratif pertumbuhan sokongan Malaysia, kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim Terima 30 Projek, Keperluan Dana Lebih RM4 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim (CFIL) di bawah Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim (JC3) telah menerima penyertaan 30 projek setakat Januari 2026, dengan keperluan pembiayaan keseluruhan melebihi RM4 bilion.