10bulan ago
KLANG, 17 Feb (Bernama) -- Pelabuhan Klang menyasarkan pengendalian 15 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU) pada 2025 yang mewakili peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding pada 2024.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Turkiye menyasar untuk menggandakan perdagangannya dengan Malaysia kepada US$10 bilion selepas melepasi paras US$5 bilion pada 2024, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd menerima anugerah perintah kerja (WOA) pada Disember 2024 dan lanjutan perintah kerja (WOE) pada November 2024 yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pantech Global Bhd dijangka tidak terjejas dengan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium.
10bulan ago
Oleh Razif Rosli dan Muhamad Adzhar Tajudin
LUMUT, 10 Feb (Bernama) -- Projek Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dirancang untuk pembangunan selama 25 tahun, dilihat bukan sahaja dapat menjana ekonomi negeri Perak dalam jangka masa panjang malah menjadi pelengkap kepada sektor pelabuhan negara.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- AmInvestment Bank Bhd menjangkakan perbelanjaan modal (capex) yang lebih kecil iaitu kira-kira US$500 juta untuk kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) di Medan Sepat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis berbeza pandangan mengenai unjuran sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia selepas Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2025-2027 diumumkan, yang mengunjurkan pengurangan aktiviti huluan dan penekanan terhadap perkhidmatan penyelenggaraan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Icon Offshore Bhd menerima kelulusan pemegang saham bagi cadangan pengambilalihan saham tujuh syarikat bernilai RM403.5 juta serta saranan pertukaran nama kepada Lianson Fleet Group Bhd (LFG).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Moody’s Analytics mengunjurkan bahawa tarif global yang dikenakan oleh pentadbiran Donald Trump akan memuncak menjelang akhir 2025, dengan tarif ke atas China meningkat kepada 40 peratus daripada paras semasa, 20 peratus.
11bulan ago
LABUAN, 22 Jan (Bernama) -- Asian Supply Base (ASB) secara rasmi melancarkan Kemudahan Pertukaran Kru baharu yang direka untuk meningkatkan kecekapan proses masuk dan keluar kalangan petugas minyak dan gas.
11bulan ago
MIRI, 20 Jan (Bernama) -- Two Offshore Marine Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan dan penyelesaian luar pesisir yang sepenuhnya milik Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan Databayu Enterprise Sdn Bhd iaitu penyedia perkhidmatan katering luar pesisir, logistik dan sokongan yang dikenali.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud.