BERITA TERKINI   Petronas mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah dijamin tersedia sehingga akhir Jun 2026 | 5E Resources mula berdagang di Pasaran ACE, dibuka pada 28 sen, iaitu premium dua sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) dengan 36.22 juta saham diniagakan | 

Terdapat 127 berita berdasarkan kata kunci carian " kutipan"

Tingkatkan Nilai Ambang WPL Beri Faedah Kepada Sektor Perladangan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd percaya dengan menaikkan ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) kepada sekitar RM4,500 setan akan memberi manfaat kepada sektor perladangan menjelang Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.

Belanjawan 2025: MPOB Harap Kerajaan Bantu Penanam Pulih Semula Pokok Sawit Tidak Produktif

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.

Malaysia Dijangka Capai Sasaran Defisit Fiskal 4.3 Peratus Pada 2024 - OCBC

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- OCBC Global Market Research menjangka Malaysia akan mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 4.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini dan menjangka kerajaan menyasarkan defisit lebih kecil antara 3.5 dan 3.8 peratus pada 2025.

Simpan SSPN Raih RM18.85 Bilion, 6.54 Juta Akaun Dibuka Hingga 31 Ogos 2024

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Sebanyak RM18.85 bilion jumlah deposit daripada produk simpanan Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah 6.54 juta sehingga 31 Ogos 2024.

Jajaran Seksyen 1 WCE Mula Laksana Kutipan Tol Pada 30 Sept

SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) -- Jajaran Seksyen 1 Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 30 Sept ini.

Northeast Sasar Kumpul RM84.5 Juta Daripada IPO Pasaran ACE

GEORGE TOWN, 26 Sept (Bernama) — Northeast Group Bhd sasar untuk mengumpul kira-kira RM84.5 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya Pasaran ACE pada 15 Oktober depan.

Unit ITMAX System Raih Kontrak Parkir Pintar Di Johor

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik 65 peratus ITMAX System Bhd (ITMAX System), Southmax Sdn Bhd (SSB) dilantik oleh Majlis Perbandaran Segamat (MPS) untuk mengendalikan 7,637 petak parkir pintar di sekitar daerah berkenaan.