Terdapat 311 berita berdasarkan kata kunci carian " pemegang saham"

Bursa Malaysia Mohon Maklum Balas Mengenai Cadangan Pindaan Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan pindaan kepada Syarat Penyenaraian (LR) Pasaran Utama, Pasaran ACE dan Pasaran LEAP, termasuk pengemaskinian mengenai rangka kerja mekanisme penyelamatan korporat dan pengecualian transaksi pihak yang berkaitan.

AmanahRaya REIT Beli Hartanah Perindustrian Bernilai RM30 Juta Perkukuh Portfolio Aset

Oleh Nur Atiq Maisarah Suhaimi

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) - AmanahRaya Real Estate Investment Trust (ARREIT) membeli kilang berkembar satu tingkat di Teluk Panglima Garang, Selangor, dengan harga RM30 juta daripada Alpha Express Sdn Bhd untuk memperkukuh lagi portfolio aset perindustriannya.

Daripada Hobi Kepada Kerjaya, Logeswaran Mahu Terus Lebarkan Sayap perniagaan Ikan Hiasan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Hobi memelihara ikan hiasan sejak usia 10 tahun menjadi titik permulaan kepada kejayaan Logeswaran Arumugam, 38, yang kini mengusahakan perniagaan akuarium moden dan eksklusif di bawah syarikat miliknya SLF Pearl Capital Sdn Bhd.

TNB Terus Cemerlang Dalam Operasi Dan Mengukuhkan Tanggungjawab Sosial

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Seiring dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab digital serantau, TNB terus menyokong infrastruktur penting bagi sektor ini.

Alliance Bank Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM750.72 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak kepada RM750.72 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 daripada RM690.47 juta pada Tahun Kewangan 2024, disokong oleh pertumbuhan hasil meskipun peruntukan tinggi bagi jangkaan kerugian kredit dan perbelanjaan operasi.

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Jerasia, Denda Pengarah RM50,000

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Jerasia Capital Bhd (dalam pembubaran) dan mengenakan denda berjumlah RM50,000 terhadap tiga pengarahnya kerana gagal membuat pengumuman segera mengenai perintah pembubaran itu.

Bursa Malaysia Tolak Permohonan Barakah Lanjut Masa Kemuka Pelan Penyusunan Semula

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia menolak permohonan Barakah Offshore Petroleum Bhd untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan penyusunan semulanya.

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Suku Pertama RM18 Juta Meskipun Perolehan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).

Potensi Penggabungan Affin-AMMB Dijangka Bawa Kesan Dilutif - CIMB

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan potensi penggabungan antara Affin Bank Bhd dan AMMB Holdings Bhd akan melibatkan penerbitan saham baharu yang besar dan berkemungkinan membawa kesan dilutif.

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) mengumumkan bahawa Sarawak Cable Bhd dan Annum Bhd sedang berhadapan dengan nyahsenarai dari bursa saham selepas permohonan masing-masing untuk pelanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi mereka ditolak.

Untung Bersih Suku Pertama MYEG Naik Kepada RM181.64 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- MY E.G. Services Bhd (MYEG) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM181.64 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM155.95 juta dalam tempoh sama sebelum ini.

Untung Bersih Suku Pertama Sunway Construction Naik Kepada RM75.71 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd (SunCon) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 meningkat kepada RM75.71 juta, naik daripada RM32.40 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.