3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pelancongan domestik Malaysia mencatatkan prestasi cemerlang dengan sejumlah 216 juta pelawat dan perbelanjaan mencecah RM88.4 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini, masing-masing meningkat 11.8 peratus dan 13.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
3bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan di China, yang akan memulakan operasi khas kastam di seluruh pulau Hainan pada 18 Dis 2025, membuktikan lagi liberalisasi ekonomi China yang berterusan, berbanding dengan hala tuju dasar Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Industri getah Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur tahun ini dengan output dan eksport termasuk permintaan luaran untuk sarung tangan menguncup, manakala komoditi lain seperti koko dan lada pula berdaya tahan.
3bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, menjejaki harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata peniaga.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ringgit mengekalkan aliran meningkat, dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih baik dalam ekonomi Malaysia dan ketegangan perdagangan yang mereda menyokong mata wang tempatan.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positif apabila melonjak ke paras 4.09 berbanding dolar AS semasa ditutup pada Jumaat, mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh empat tahun tujuh bulan, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang positif.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 6.0 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025, mengekalkan momentum positif dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan berjumlah RM171.7 bilion pada Oktober 2025, meningkat 6.3 peratus berbanding 4.3 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia merekodkan sejumlah 805,509 orang kurang upaya (OKU) berdaftar pada 2024, mewakili 2.4 peratus daripada jumlah penduduk negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Statistik Orang Kurang Upaya Malaysia 2024, yang diterbitkan hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 11.4 peratus kepada 29,673 tan pada Oktober 2025 daripada 26,647 tan pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan indeks harga seunit besi menunjukkan penurunan pada November 2025 iaitu antara -0.1 sehingga -3.2 peratus berbanding bulan lepas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis Bernama) -- Malaysia perlu belajar untuk menyelaraskan usaha keselamatan siber merentas sempadan kerana serangan siber sering berpunca dari luar negara, kata Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Fortinet APAC, Rashish Pandey.