BERITA TERKINI   Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke final Terbuka Malaysia 2026 | Liga Super: Imigresen FC 3-0 Kelantan TRW FC | 

Terdapat 529 berita berdasarkan kata kunci carian "bnm"

Bursa Malaysia Kekalkan Aliran Meningkat Pada Sesi Awal Dipacu Minat Belian Berterusan

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi pada hari ini, didorong oleh minat belian yang terus ketara.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek hari ini ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Ringgit Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat MPC BNM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah pada Selasa apabila sentimen pasaran kekal berhati-hati selain para peniaga bersedia menghadapi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis bagi menilai penilaian ekonomi terkini.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Disokong Oleh Belian Lewat Dagangan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian lewat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur dan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Dasar BNM

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi pada Selasa tetapi dijangka diniagakan berhati-hati hari ini berikutan peniaga akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini, selain laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus - Moody's Analytics

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Moody’s Analytics menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus menerusi mesyuarat dasar monetari Khamis ini.

Bursa Malaysia Dijangka Uji Psikologi 1,600 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, menguji paras psikologi 1,600 selepas melepasi paras tersebut pada Isnin lepas (25 Ogos).

Ringgit Dijangka Diniagakan Tidak Berubah Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan tidak berubah dengan kecenderungan meningkat minggu depan, susulan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 4 Sept.

CIMB Jangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 4 September, 2025.

Ahli Ekonomi AmBank Unjur Ringgit Cecah 4.27 Menjelang Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Nilai ringgit diunjur mencecah paras 4.27 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025 susulan peningkatan kecil pengukuhan mata wang negara maju itu selain pengurangan sokongan daripada akaun dagangan Malaysia.

BNM, Pakar Industri Bincang Usaha Teroka Penggunaan Tokenisasi - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses perbincangan dengan pakar dan pengamal industri kewangan bagi meneroka kes penggunaan tokenisasi, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap mudah tunai daripada sistem kewangan.