1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan jangkaan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$123.76 bilion (US$1= RM4.12) pada 31 Okt, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$201.6 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, disokong oleh keyakinan berterusan terhadap potensi perubahan dalam dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan sentimen yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Selama tiga hari, Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 telah berjaya menarik sejumlah 15,987 profesional industri dan pelawat perdagangan.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila cakap-cakap mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah di AS semakin mendapat perhatian.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pembiayaan bersindiket RM4.3 bilion yang baru diperoleh U Mobile Sdn Bhd akan membantu pengendali rangkaian telekomunikasi ini mempercepatkan pelaksanaan 5G selain memperkukuh kedudukannya dalam pasaran yang kompetitif di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan prestasi mata wang Amerika Syarikat (AS) itu menjejaki Indeks Dolar AS, yang kekal di bawah paras 100 mata.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Genting Plantations Bhd melonjak kepada RM86.50 million untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM83.05 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini disebabkan harga isirong sawit (PK) dan jumlah jualan yang lebih kukuh.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit mengakhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Hari kedua WE2025: Future in Motion -- Women in Trade, Investment and Leadership diteruskan dengan keterlbatan Malaysia dan Kosovo dalam menumpukan peluang untuk menggalakkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika jangkaan terhadap penurunan kadar faedah AS pada Disember semakin ketara, sekali gus mengasak tekanan terhadap mata wang negara maju berkenaan, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit terus menunjukkan prestasi menggalakkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Selasa, apabila dolar AS menyusut susulan kenyataan berdiplomasi oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS.