1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Paragon Globe Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Paragon Globe Bhd (PGB) telah memperoleh hak untuk membangunkan tapak seluas 28.94 hektar di Iskandar Puteri, Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM733.12 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkukuh hubungan dengan negara-negara maju serta syarikat multinasional daripada industri semikonduktor dalam usaha meningkatkan kolaborasi teknologi, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) -- Unit penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Capital A, Asia Digital Engineering (ADE) sedang mengembangkan operasi ke Vietnam selepas menerima pensijilan kelulusan organisasi penyelenggaraan (AMO) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam.
1tahun ago
Daripada Nashir Mansor
KAHERAH, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan pengoperasian kilang pemasangan (CKD) kereta Proton Holdings Berhad di sini yang dijangka mula beroperasi Disember tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- PMB Investment Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan kerjasama strategik yang bertujuan mengembangkan peluang-peluang dalam pelaburan patuh syariah.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau.
1tahun ago
GURUN, 12 Nov (Bernama) – Pos Malaysia Bhd telah menambah 1,092 motosikal elektrik kepada kumpulannya sebagai sebahagian daripada matlamat untuk menukar semua kenderaan penghantaran jarak terakhirnya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) menjalin kerjasama dengan Maybank melancarkan HomeClick, platform dalam talian menyeluruh untuk menambah baik serta melancarkan urusan pembelian rumah oleh pembeli.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini terjejas akibat aktiviti pengambilan untung, terutamanya dalam saham Tenaga Nasional dan sektor perbankan, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan Westports Holdings Bhd mencatat pertumbuhan jumlah kendalian lebih kukuh bagi tahun depan, didorong oleh pemulihan volum pemunggahan kargo perkapalan yang berterusan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Mega Fortris Bhd dengan kapasiti tahunan semasa kira-kira 570 juta unit di Malaysia, merancang untuk pengembangan seterusnya melalui kemudahan pengeluaran baharu di United Kingdom.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan untuk memulakan pembangunan tenaga nuklear, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.