BERITA TERKINI   Piala Uber: China 1 Malaysia 0: Wang Zhi Yi menewaskan K. Letshanaa 21-17, 21-18 | Polis rampas lebih 400,000 bahan eksploitasi seksual kanak-kanak dalam Ops Cyber Guardian - KPN | Ops Cyber Guardian : 69 individu ditahan kerana terlibat aktiviti pengedaran bahan eksploitasi seksual kanak-kanak - KPN | TH sedia lapan bas ulang-alik 24 jam dari penginapan hotel Abraj Al Tayseer ke Stesen Bas Jarwal berhampiran Masjidil Haram bermula hari ini- Ketua Rombongan Haji | Seniwati Maria Menado,94, meninggal dunia akibat sakit tua pada 12.25 tengah hari ini - Setiausaha Agung Seniman | 

Terdapat 1327 berita berdasarkan kata kunci carian "upi"

Kemajuan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Perlu Disemak Seiring Pertumbuhan Ekonomi - Hanifah Hajar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kemajuan negara dalam menuju Agenda Pembangunan Mampan 2030 perlu disemak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas, diniagakan lebih kukuh berbanding dolar AS dan melepasi paras RM4.30 pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Setiausaha Syarikat Perlu Berani Bertindak, Tegakkan Integriti - Presiden MAICSA

Oleh Christine Lim

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Tanggungjawab setiausaha syarikat tidak lagi terikat dengan tugasan pentadbiran semata-mata, sebaliknya peranan mereka turut melalui anjakan serta transformasi sejak beberapa tahun lepas.

India Hapus Sekatan Harga Minimum Eksport Beras Basmati, Bawang

Daripada Shakir Husain

NEW DELHI, 14 Sept (Bernama) -- India menghapuskan sekatan harga minimum untuk eksport beras basmati dan bawang, keputusan yang disifatkan oleh kerajaan sebagai memberi manfaat kepada golongan petani di negara itu.

 

Ringgit Diunjur Terus Mengukuh, Diniagakan Sekitar 4.28-4.29 Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Momentum pengukuhan nilai ringgit dijangka berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.28-4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 17-18 September ini.

Ringgit Lepasi Paras 4.30, Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) --  Ringgit melepasi paras 4.30 hari ini, mencecah paras tertingginya dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS apabila para peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan kadar antara 25 dan 50 mata asas, kata seorang pakar ekonomi.

Perlis Dijangka Terima Pelaburan Baharu Dari China

KANGAR, 13 Sept (Bernama) -- Perlis, terutamanya Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dijangka menerima beberapa pelaburan baharu dari China, kata Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Kedah dan Perlis Mohd Rushdan Mohd Ghazali.