1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menyediakan platform penting untuk pemimpin, perniagaan dan inovator untuk berkongsi pandangan mereka menerusi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024).
1tahun ago
LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk menyelaraskan dasarnya bagi memenuhi permintaan baharu dan industri yang sentiasa berkembang menerusi pendekatan pelbagai hala untuk terus menarik pelaburan bernilai tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerjasama yang lebih kukuh antara kerajaan, industri dan komuniti untuk memastikan tiada keciciran dalam era kemajuan digital yang pesat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berperanan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), terutama dalam usaha memupuk pembangunan inklusif atau terangkum.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia dijangka menjadi hab pembungkusan pengeluaran di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Reed Exhibitions (RX) China Josephine Lee.
1tahun ago
SINGAPURA, 14 Nov (Bernama) -- Kumpulan tenaga bersepadu, Wasco Bhd telah menubuhkan Rangka Kerja Kewangan Peralihan dan Mampan bersepadu, yang pertama seumpamanya di ASEAN serta berjaya melaksanakan pinjaman berkaitan kemampanan pertamanya sebanyak US$25 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Tema Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-31 (AELW) 2024, “Empower, Include, Grow”, selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus komited menyokong pengembangan perniagaan syarikat peringkat pertengahan (SPP) tempatan ke rantau lain yang berpotensi termasuk Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Peru menegaskan komitmen kukuh mereka terhadap multilateralisme, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai teras, serta berkongsi pandangan yang sama mengenai kepentingan memperkukuh institusi multilateralisme untuk menangani cabaran global dan serantau.
1tahun ago
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Selatan Global yang mempunyai potensi serta peluang baharu yang boleh dimanfaatkan.
1tahun ago
Daripada M.Saraswathi
LIMA (Peru), 13 Nov (Bernama) -- Pendekatan strategik Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.