11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih hari ini untuk mengakhiri pada paras tertinggi dalam tempoh sebulan selepas jualan sesi sebelumnya, dirangsang oleh kenaikan saham wajaran tinggi di tengah-tengah prestasi positif bursa serantau walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Hasil dividen Public Bank Bhd (PBB) dijangka meningkat melebihi 5.0 peratus mulai tahun ini walaupun harga sahamnya tidak berubah, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul, sekali gus membolehkan indeks utama kembali melepasi paras 1,590.
11bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif, Karina Imran & Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menunjukkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut susulan kebimbangan kesan tarif import Amerika Syarikat (AS) terhadap industri keluli dan aluminium menyokong mata wang negara maju itu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia, menyebabkan ia ditutup rendah sedikit susulan kebimbangan berterusan mengenai inflasi Amerika Syarikat (AS) dan ancaman tarif timbal balik Presiden Donald Trump.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Peningkatan saham wajaran tinggi telekomunikasi mengehadkan penyusutan indeks petunjuk utama Bursa Malaysia pada dagangan tengah hari Isnin, di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai inflasi Amerika Syarikat (AS) serta ancaman tarif oleh Presiden Donald Trump.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan selama empat hari berturut-turut pada sesi awal Isnin yang menjejaki aktiviti jualan ketara di Wall Street pada Jumaat lepas ketika pelabur bersiap sedia menunggu pengumuman data penting ekonomi Amerika Syarikat (AS) selain kekal gusar dengan dasar tarif Presiden Donald Trump.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran terus ditekan sentimen berhati-hati susulan data inflasi terkini AS dan ketidaktentuan dasarnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif diniagakan rendah dalam dagangan awal pada Isnin.