1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Tapak pelancaran ke angkasa lepas dijangkakan di Sabah akan meletakkan Malaysia sebagai negara peneraju ASEAN di rantau ini dari segi kemajuan teknologi, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.
1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kenaikan dalam saham perladangan, SD Guthrie, didorong oleh lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) ke paras tertinggi bagi tempoh 28 bulan hari ini, menaikkan indeks barometer Bursa Malaysia untuk melepasi paras psikologi 1,600 pada Jumaat.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau ketika pilihan raya Amerika Syarikat semakin menghampiri dengan pungutan suara menunjukkan persaingan yang sangat sengit.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2024, melonjak 41.9 peratus kepada RM85.74 juta daripada RM60.41 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal secara beransur-ansur daripada paras hutang yang tinggi berbanding rakan setara, menurut Fitch Ratings.
1tahun ago
KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer (km) dari bandar raya ini berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah dalam persekitaran berhati-hati berikutan minggu yang sarat dengan pengumuman data ekonomi serta kebimbangan berterusan mengenai pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Permintaan untuk bangunan hijau (bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi) di Malaysia dijangka meningkat dengan ketara untuk beberapa tahun akan datang, berpotensi mencecah sekitar 10 juta kaki persegi setiap tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Supreme Consolidated Resources Bhd (SCRB) yang memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia, menyasarkan untuk mengumpul RM17.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pelabur institusi tempatan menjadi pembeli bersih ekuiti berjumlah RM244.6 juta di Bursa Malaysia minggu lepas selepas jualan bersih dalam masa yang singkat pada minggu sebelumnya.
1tahun ago
KUALA KANGSAR, 27 Okt (Bernama) -- Permohonan Malaysia untuk menjadi anggota BRICS mendapat sokongan padu daripada kalangan anggotanya termasuk Rusia, China dan India semasa mesyuarat lapan negara asas BRICS.