3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Prospek pasaran kewangan Malaysia kekal positif disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dasar monetari yang menyokong dan pembaharuan struktur yang berterusan demi menjamin kemampanan pertumbuhan ekonomi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) dan Colform Sdn Bhd hari ini telah memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk pengambilalihan sebanyak 2.96 hektar tanah perindustrian di Taman Perindustrian Pulau Indah pada harga RM25.2 juta.
3bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah, Kisho Kumari Sucedaram and Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Eksport semikonduktor dan aplikasi kelebihan kecerdasan buatan (AI) yang meningkat akan menjadi antara faktor yang menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan pada kadar antara 4.0 dan 4.5 peratus yang membanggakan berbanding 4.0 hingga 4.8 peratus tahun ini walaupun berdepan cabaran perdagangan global, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk ditutup rendah sedikit pada Rabu, mencerminkan pasaran serantau yang lemah berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berpanjangan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal kepada 4.1 peratus pada 2026, tidak berubah daripada unjurannya bagi 2025, menurut Bank Dunia.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan peniaga menjangka dagangan dalam jajaran kecil untuk mata wang tempatan, dengan tumpuan beralih kepada sasaran defisit fiskal kerajaan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2026 pada minggu ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berada di Kementerian Kewangan di Putrajaya untuk merancang Belanjawan 2026.
3bulan ago
KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) -- Pembukaan cawangan baharu Mikro Agrobank di Sook, Keningau, terletak lebih 300 kilometer dari sini, akan memberi manfaat kepada kira-kira 31,000 penduduk di kawasan itu yang majoritinya menjalankan aktiviti pertanian.
3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka bergerak mendatar minggu depan berikutan kekurangan permintaan terhadap komoditi, termasuk getah, kata pakar industri Denis Low.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mahu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi serta literasi kewangan dan bukan hanya kelompok kecil dalam masyarakat terutamanya golongan elit.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Oct (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan mengukuhkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan ruang fiskal, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 adalah penting dalam mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan dan mempercepatkan pelaburan industri hijau dengan Jepun, kata MUFG Bank (Malaysia) Bhd.