Terdapat 165 berita berdasarkan kata kunci carian " rhb"

BNM Kenakan Penalti Berjumlah RM1.66 Juta Pada Empat Institusi Kewangan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan/atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).

Bursa Malaysia Lantik Fad'l Mohamed Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) melantik Datuk Fad’l Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac 2025.

MIDF: Tetapan Semasa Terus Sokong Pertumbuhan Ekonomi, OPR Kekal 3 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus tahun ini memandangkan tetapan semasa kekal akomodatif terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF). 

YNH Property Lupus Aeon Mall Seri Manjung Pada Harga RM138 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Subsidiari milik penuh YNH Property Bhd, Kar Sin Bhd and YNH Hospitality Sdn Bhd telah melupuskan Aeon Mall Seri Manjung pada harga RM138.0 juta.

U Mobile Lancar 5G Dalam 15-18 Bulan Lagi, IPO Sebelum Akhir 2025

KLANG, 17 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd, pengendali rangkaian 5G kedua Malaysia merancang untuk melancarkan rangkaian 5G kedua dalam tempoh 15 hingga 18 bulan akan datang, menurut Pengerusi Tan Sri Vincent Tan.

U Mobile Dijangka Bekerjasama Biayai Capex 5G RM3 Bilion-RM4 Bilion - RHB Investment Bank

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd dijangka melaksanakan kerjasama rangkaian untuk membiayai perbelanjaan modal (capex) 5G yang dianggarkan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion berikutan terpilih sebagai penyedia akses rangkaian 5G kedua, menurut RHB Investment Bank Bhd.

JS-SEZ Boleh Pacu Johor Sebagai Enjin Pertumbuhan Selatan Untuk Ekonomi - Penyelidikan

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi memacu Johor menjadi enjin pertumbuhan selatan untuk ekonomi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Jualan Hartanah Dijangka Meningkat 10 Peratus Tahun Ke Tahun Pada 2025 - RHBIB

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) mengunjurkan jualan hartanah meningkat sebanyak 10 peratus tahun ke tahun pada 2025.

Peningkatan Opex Di Bawah RP4 Dapat Sokong Operasi, Selenggara TNB - RHB IB

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) positif terhadap pengumuman Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkaitan Tempoh Kawal Selia 4 (RP4), berikutan peningkatan perbelanjaan operasi (opex) itu dapat menyokong perancangan, pelaksanaan aktiviti operasi dan penyelenggaraan semua infrastruktur syarikat berkenaan.

CEO Bakal Berundur, Bursa Malaysia Akui Mulakan Pelan Penggantian

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd pada Isnin mengesahkan telah memulakan pelan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Muhammad Umar Swift yang dilaporkan media berhasrat melepaskan jawatan itu.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Diasak Penyusutan Wall Street

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Bank Terus Lancar Bantuan Banjir Untuk Pelanggan Terjejas

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB (RHB) melancarkan program bantuan banjir dengan memberikan bantuan kewangan segera dan sokongan pemulihan jangka panjang kepada individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro PKS bermula sekarang sehingga 31 Jan 2025.