9bulan ago
GEORGE TOWN, 17 Jun (Bernama) -- Seramai 88 pakar penerbangan dari rantau ASEAN dan Eropah menyertai Bengkel ASEAN Mengenai Kelestarian Penerbangan – Penambahbaikan Operasi dan Kecekapan, di sini, bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan industri penerbangan, termasuk fokus terhadap pengukuran pelepasan karbon dan kecekapan ruang udara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.
9bulan ago
GEORGE TOWN, 12 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 328 juta e-Invois daripada pembayar cukai sehingga semalam sejak sistem itu dilancarkan pada Ogos 2024.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Zurich Takaful Malaysia Berhad hari ini melancarkan Takaful ProAspire, pelan takaful keluarga yang menawarkan gabungan perlindungan dan simpanan bagi membolehkan peserta menerima pulangan tunai setiap tahun atau setiap tiga tahun sekali.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Poland menyatakan kesediaan untuk memperdalam kerjasama antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU), memanfaatkan jawatan kepengerusian masing-masing untuk memacu perkongsian antara rantau yang lebih strategik bagi tempoh jangka panjang.
9bulan ago
MELAKA, 9 Jun (Bernama) -- Pembukaan cawangan baharu Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) di Melaka yang dilancarkan hari ini mengukuhkan komitmen bank tersebut dalam memperluas rangkaian dan perkhidmatan perbankan Islam di negeri berkenaan.
9bulan ago
Oleh V.Sankara
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Konsortium Industri India di Malaysia (CIIM) menyambut ulang tahun ke-20 dengan memperbaharui komitmennya untuk memperkukuh hubungan industri antara India dan Malaysia yang membabitkan penekanan kepada teknologi digital, tenaga bersih, pembuatan pintar dan bioteknologi.
9bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
SAN FRANCISCO, 3 Jun (Bernama) -- Penggunaan kecerdasan buatan (AI) oleh perusahaan di Asia Pasifik termasuk ASEAN kini semakin meluas dan mula mendapat sambutan.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- MTD Properties Sdn Bhd mengumumkan pelaburan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion bagi pembangunan perbandaran generasi akan datang (next-gen) di Kajang, Selangor dan Melaka, yang direka berteraskan kemampanan, inovasi dan kualiti.
9bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah minggu depan disebabkan kekurangan pencetus pasaran dan minggu dagangan yang lebih pendek.
10bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan kenaikan selama lima hari dan ditutup lebih rendah pada Jumaat, dipengaruhi oleh kelemahan pasaran minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pavilion Bukit Jalil menjadikan cuti sekolah ini sebagai sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan menerusi sambutan ulang tahun ke-80 Mattel.