Terdapat 1886 berita berdasarkan kata kunci carian " turun "

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi bursa serantau, apabila aktiviti buruan saham pada harga rendah meningkatkan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) selepas mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan beberapa hari lepas.

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Dengan Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kerugian pada sesi awal dagangan hari ini dengan ditutup tinggi pada sesi pagi berikutan peningkatan belian dalam kaunter wajaran tinggi utiliti dan perkhidmatan kewangan terpilih.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Keempat

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang juga bagi hari keempat berturut-turut ketika pelabur meneliti semula kedudukan masing-masing susulan pengumuman data ekonomi negara maju itu yang lebih lemah, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup rendah hari ini berikutan kelemahan dalam harga kacang soya dan minyak mentah.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Penjualan Asing

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian hari ini walaupun mencatatkan kenaikan pada awalnya berikutan penjualan asing besar-besaran dan sekali gus menongkah aliran pasaran serantau.

Pelarasan Gaji Berperingkat Boleh Bantu Perkukuh Profil Kredit Malaysia - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji secara berperingkat tidak akan membawa kepada tekanan inflasi yang berlebihan, kata ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Pada Sesi Pagi

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada sesi pagi berikutan aktiviti pengambilan untung saham wajaran tinggi terpilih, walaupun dijangka berlaku pemulihan teknikal hari ini.

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah sentimen memberangsangkan pelabur berikutan data ekonomi negara maju itu yang mengatasi jangkaan awal, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, Jan 15 (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US berikutan penurunan permintaan terhadap dolar US dipengaruhi oleh data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah dan jangkaan terhadap pelaksanaan tarif secara beransur-ansur, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Akhiri Peningkatan Sesi Awal Untuk Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.  

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah, Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menunjukkan prestasi lemah di pasaran tunai.