11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM1.77 trilion pada 2024 selepas mencatatkan RM152.2 bilion pada Disember, naik 5.5 peratus dari tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
11bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Konsep ‘green halal’ (halal hijau) walaupun tidak diketahui ramai, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan dengan menggabungkan amalan halal dan mampan, kata Alliance Islamic Bank Bhd (AIS).
11bulan ago
KOTA KINABALU, 10 Feb (Bernama) -- Pengeluaran koko negara perlu dipertingkat dengan penglibatan lebih ramai pemain industri dan pekebun kecil dalam usaha memenuhi permintaan pasaran komoditi itu yang semakin meningkat.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut susulan kebimbangan kesan tarif import Amerika Syarikat (AS) terhadap industri keluli dan aluminium menyokong mata wang negara maju itu.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap import keluli dan aluminium yang mendorong permintaan untuk logam selamat itu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia, menyebabkan ia ditutup rendah sedikit susulan kebimbangan berterusan mengenai inflasi Amerika Syarikat (AS) dan ancaman tarif timbal balik Presiden Donald Trump.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.
11bulan ago
KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran terus ditekan sentimen berhati-hati susulan data inflasi terkini AS dan ketidaktentuan dasarnya.
11bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih tinggi pada minggu depan disebabkan permintaan yang berterusan untuk aset selamat seperti emas.