1tahun ago
SEPANG, 2 Dis (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) bersedia mencatatkan perolehan yang jauh lebih tinggi tahun depan sekali gus berada pada kedudukan kewangan yang baik, untuk disenaraikan lebih awal di Bursa Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi sedikit pada tengah hari ini berikutan kenaikan dalam saham perladangan yang membantu mengimbangi tekanan jualan dalam sektor kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB (RHB) melancarkan program bantuan banjir dengan memberikan bantuan kewangan segera dan sokongan pemulihan jangka panjang kepada individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro PKS bermula sekarang sehingga 31 Jan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum pemulihannya pada beberapa minggu akan datang dengan FBM KLCI diunjurkan dalam julat antara 1,600 hingga 1,610 minggu depan, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengatasi sebahagian besar penyusutan awalnya pada tengah hari, dipacu terutamanya oleh saham-saham Public Bank dan Axiata.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) susut empat peratus dalam dagangan awal pada Jumaat susulan prestasi pendapatan suku ketiga tahun kewangan 2024 syarikat itu yang lebih rendah daripada dijangkakan.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kementerian Digital hari ini menegaskan kos berjumlah RM16.5 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB) membangunkan dan menyelenggara rangkaian 5G pertama selama 10 tahun tidak melibatkan dana kerajaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengehadkan kenaikan sebelum ini untuk mengakhiri sesi pagi dengan turun sedikit berikutan jualan melebihi pembelian disebabkan kekurangan pemangkin terutamanya dengan pasaran AS ditutup pada Khamis untuk cuti Hari Kesyukuran.