1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kepelbagaian operasi dan pasaran menjadi keperluan penting bagi perniagaan di Malaysia untuk kekal berdaya saing, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, apabila unjuran ekonomi global mendorong pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia selaku negara rakan BRICS, akan mengikuti rapat perkembangan berkaitan ancaman bakal Presiden Donald Trump mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara-negara perkumpulan itu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) komprehensif pertama antara Malaysia dan United Kingdom (UK) menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan meningkatkan hubungan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia akan kekal berkecuali dan bersedia menghadapi kemungkinan perubahan landskap ekonomi global susulan pemilihan semula Donald Trump memimpin Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Urus niaga ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang global, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 2 Dis Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat termasuk dolar AS, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Sistem perdagangan antarabangsa memerlukan pembaharuan segera ketika dunia terus menyaksikan amalan dagangan yang tidak adil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan mendadak dalam niaga hadapan getah Shanghai selain disokong oleh data ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin walaupun terdapat sentimen berhati-hati berikutan ancaman bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus terhadap negara-negara BRICS jika mereka mewujudkan mata wang saingan kepada dolar AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan cenderung untuk meningkat lebih tinggi minggu depan disebabkan situasi bekalan yang terhad akibat gangguan cuaca, kata pakar industri Denis Low.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.4275 hingga 4.4475 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan sedikit kecenderungan meningkat, didorong jangkaan pengurangan kadar faedah AS pada Disember.