Terdapat 1916 berita berdasarkan kata kunci carian " positif"

Sektor Automotif Terus Catat Prestasi Kukuh Pada 2024, Tampil EV Pertama Negara

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Ketika 2024 hampir menutup tirainya, industri automotif dilihat begitu menyerlah bukan sahaja kerana mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik daripada jangkaan tetapi juga dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia yang begitu dinanti-nantikan.

Nestcon Raih Kontrak Solar Skala Besar Di Sabah

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Nestcon Infra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, akan membangunkan projek loji fotovoltan solar berskala besar (LSSPV) berkapasiti arus ulang alik sebanyak 14.99 megawatt (MWac) di Bongawan di Kimanis, Sabah.

Aktiviti Belian, Perelok Akaun Akhir Tahun Pacu FBM KLCI Melebihi Paras 1,600

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya dan ditutup lebih tinggi melepasi paras utama psikologi 1,600 pada akhir dagangan Selasa, dipacu oleh belian berterusan dalam saham-saham mewah utiliti dan perindustrian, kata penganalisis.

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah, kata seorang ahli ekonomi.

PNB Kekal Optimis Terhadap Ekonomi Malaysia, Prestasi FBM KLCI Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal optimis mengenai prospek ekonomi Malaysia dan bursa tempatan pada tahun depan, antara lain didorong oleh dasar ekonomi yang jelas dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan.

Indeks Sentimen PKS Cecah Paras Tertinggi Pada Separuh Kedua 2024

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkat ke paras 55.8 dalam separuh kedua 2024 berbanding 54.7 dalam separuh pertama, demikian menurut SME Bank Malaysia Bhd.

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.2 Peratus Pada Suku Ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, disokong oleh petunjuk positif daripada Wall Street dan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) --  Bursa Malaysia dibuka tinggi pada ini, menjejaki pergerakan positif prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah membantu ringgit mengakhiri penurunan berterusan terhadap dolar AS.

Exim Bank Dinobatkan Sebagai Pemberi Pinjaman Terbaik Impact Awards 2024

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) dinobatkan sebagai Pemberi Pinjaman Terbaik 2024 pada anugerah Impact Awards 2024 baru-baru ini berikutan pembiayaan dan pandangan pelaburannya yang memfokuskan kepada kemampanan.

Minat Belian Baharu Dorong FBM KLCI Ditutup Meningkat

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bangkit daripada penyusutan dialami pada Jumaat lepas apabila mengakhiri dagangan lebih tinggi pada hari ini, didorong oleh minat belian baharu bagi saham-saham perbankan dan seiring prestasi pasaran serantau yang positif, kata penganalisis.