1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan terus ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan data aktiviti perkilangan global yang tidak memberangsangkan menandakan prospek ekonomi yang tidak menentu, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kesan daripada dasar ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin and Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Bersandarkan kepada prestasi kukuh pada 2024, ekonomi Malaysia dijangka terus mengekalkan pertumbuhan positifnya pada 2025, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur mencecah sehingga 6.0 peratus, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pemproses sarang burung MYMBN Bhd masih belum menilai sepenuhnya impak kewangan susulan daripada penggantungan sementara eksport produk sarang burung ke China.
1tahun ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus menyanggah prestasi penurunan di peringkat serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) – Kepakaran Malaysia dalam produk-produk makanan halal yang disertai input bahan mentah pertanian premium Peru seperti quinoa, biji chia dan kacang gajus, menawarkan potensi besar bagi peluang usaha sama (JV) antara kedua-dua negara.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang memberangsangkan dalam sektor perindustrian pada 2024 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM22.6 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi hari ini seiring dengan aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau susulan jangkaan data ekonomi China yang bertambah baik disokong oleh pakej rangsangan tambahan, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 805,000 unit untuk industri automotif pada 2025, meningkat daripada anggaran 800,000 unit pada 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kalangan negara ASEAN boleh mencontohi langkah Malaysia untuk memperbaharui beberapa perjanjian perdagangan dua hala dengan negara rakan bagi meliputi elemen kemampanan dan dinamik perubahan landskap pelaburan global.