11bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Nilai keseluruhan pelaburan asing (FI) yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi merangkumi sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan bagi tempoh Januari hingga September 2024 adalah berjumlah RM254.7 bilion, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Derivatives Bhd mencatat satu lagi pencapaian baharu tahun lepas dengan 18.95 juta kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) diniagakan, meningkat 17 peratus berbanding rekod sebelumnya sebanyak 16.21 juta kontrak pada 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- My E.G. Services Bhd (MYEG) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM697.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM487.65 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Greatech Technology Bhd (Greatech) meraih keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM154.99 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2024 (TK2024) daripada RM154.36 juta dalam TK2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) telah memperoleh baki kepentingan 40 peratus dalam Paragon Pinnacle Sdn Bhd (PPSB) daripada subsidiari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSPEPF), Tanjung Wibawa Sdn Bhd (TWSB) dengan harga RM184.08 juta.
11bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- ASE Technology Holding Co Ltd dari Taiwan secara rasmi membuka kilang kelimanya di Pulau Pinang untuk pembungkusan dan ujian cip.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC Berhad) anak syarikat kerajaan negeri Terengganu meraih pendapatan berjumlah RM403.8 juta bagi tahun kewangan 2024, yang merupakan pencapaian tertinggi dalam sejarah syarikat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- JHT Semiconductor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh JHT Design Co Ltd, secara rasmi telah membuka fasiliti pembuatannya di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 15 Feb lepas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan hasil yang lebih kukuh dan pengoptimuman kos.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Forum Perniagaan dan Ekspo Mutiara Afrika 2025 meramalkan potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak US$5 bilion (US$1=RM4.425) termasuk dalam penerokaan minyak dan gas.