8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad akan melaksanakan Dasar Kelestarian baharu yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar di 29 hospitalnya dengan tumpuan kepada mengurangkan impak alam sekitar melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, pengurusan sisa dan piawaian bangunan hijau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Glide Technology Sdn Bhd (Glide Technology) menyasarkan untuk meraih jualan sebanyak RM30 juta dalam tempoh lima tahun hasil pengkomersialan minyak transformer berasaskan ester minyak sawit yang dihasilkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)-Glide.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menggunakan penyelesaian digital untuk mengendalikan gangguan pasaran dan mengembangkan capaian mereka, menurut pemerhati pasaran.
8bulan ago
JOHOR BAHRU, 14 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membuat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Kota Tinggi, Johor.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman.
8bulan ago
SINGAPURA, 14 Nov (Bernama) -- Kumpulan tenaga bersepadu, Wasco Bhd telah menubuhkan Rangka Kerja Kewangan Peralihan dan Mampan bersepadu, yang pertama seumpamanya di ASEAN serta berjaya melaksanakan pinjaman berkaitan kemampanan pertamanya sebanyak US$25 juta.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya lemah selepas data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) semalam menunjukkan inflasi tinggi.
8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan kedudukan strategik Hong Kong sebagai pintu masuk untuk menubuhkan dan mengembangkan sayap mereka di Greater Bay Area (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macao.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan dalam jangkaan.
8bulan ago
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Selatan Global yang mempunyai potensi serta peluang baharu yang boleh dimanfaatkan.