1bulan ago
LABUAN, 14 Nov (Bernama) -- Labuan dijangka meraih manfaat ekonomi dan pelancongan jangka masa panjang daripada ketibaan kapal persiaran antarabangsa yang berlabuh di pelabuhannya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk sesi ke-10 berturut-turut pagi ini, meneruskan peningkatan menjelang data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2025 Malaysia dijadual akan dikeluarkan tengah hari, hari ini kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini, meneruskan kenaikan untuk hari kelapan berturut-turut berikutan sentimen risiko yang semakin baik terus menyokong mata wang tempatan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menerusi pemacu kewangan sosial yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Sadaqa House, terus memperkukuh komitmennya dalam melahirkan insan yang berilmu, khasnya dalam kalangan anak yatim, asnaf dan B40, menerusi Penyerahan Biasiswa dan Geran Pendidikan Sadaqa House.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran menaik di pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah ringgit yang lebih lemah berbanding dolar US, menurut seorang peniaga.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Shanghai (MIHAS@Shanghai) mencatatkan jualan keseluruhan berjumlah RM3.2 bilion, sekali gus mengatasi sasaran sebanyak RM3 bilion dan menandakan pencapaian penting dalam usaha Malaysia memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global industri halal.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh penurunan berterusan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang terus menekan mata wang negara maju itu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Struktur fi baharu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih lagi dalam proses semakan Jabatan Peguam Negara dan dijangka berkuatkuasa pada 1 Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US hari ini, meneruskan pengukuhan untuk hari dagangan ketujuh berturut-turut selepas para pelabur kekal positif menjelang pengundian pembukaan semula kerajaan Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatat pengukuhannya apabila mencecah 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu urus niaga dibuka hari ini, paras tertinggi baharu dalam tempoh lebih 13 bulan susulan kelemahan mata wang negara maju itu berikutan data ekonominya yang lemah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama industri pembrokeran saham Malaysia hari ini mengumumkan kertas cadangan yang terdiri daripada satu siri peningkatan ketahanan siber untuk mengukuhkan integriti ekosistem saham.