Terdapat 781 berita berdasarkan kata kunci carian " bri"

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan di tengah-tengah sentimen bercampur-campur dengan faktor domestik yang kukuh terus menyokong unit tempatan manakala perdagangan global yang tidak menentu menjejaskan sentimen pasaran.

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Terhadap Sektor Perbankan AS Jejaskan Dolar

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan kebimbangan peniaga terhadap sektor bank Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan prestasi dolar AS di tengah-tengah peningkatan ketegangan perdagangan AS-China.

Malaysia Perlu Bina Kredibiliti Untuk Jadi Hab Pelaburan Tenaga Hijau ASEAN -- UEM Lestra

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pembinaan kredibiliti, kebolehskalaan dan kebolehpercayaan untuk menjadi hab pelaburan tenaga hijau ASEAN, kata UEM Lestra Bhd.

Sentimen Elak Risiko Dorong Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh jangkaan bahawa negara maju itu akan menurunkan kadar faedah selain sentimen mengelak risiko di peringkat global.

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Ketegangan Perdagangan AS-China Jejas Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan perdagangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah menjejaskan dolar.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit kekal ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kelemahan dolar AS susulan kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell yang membayangkan penurunan kadar faedah.

ASEAN Pacu Tenaga Bersih, Jaminan Tenaga Dan Kesalinghubungan Serantau

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN komited untuk mempercepat peralihan kepada tenaga bersih, meningkatkan jaminan tenaga dan memperluas kesalinghubungan untuk memacu matlamat tenaga serantau dan kerjasama, dengan memanfaatkan sumber yang dapat dikongsi dalam kalangan negara anggota untuk menerapkan kemakmuran bersama.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Fed Beri Isyarat Kadar Faedah Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong kelemahan mata wang negara maju itu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi isyarat yang cenderung kepada kadar faedah rendah.

Ringgit Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa namun diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Forum Perniagaan Tenaga ASEAN Ke-25 Sebagai Platform Kerjasama Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25) yang akan bermula esok berperanan sebagai platform untuk memperkukuh kerjasama serantau dan menggerakkan kerjasama strategik bagi mempercepat transformasi tenaga ASEAN.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen pasaran tempatan yang bertambah baik, disokong oleh kenyataan positif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangkaan perubahan dalam dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) --  Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mencerminkan kekuatan baharu dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran ketegangan perdagangan yang berlanjutam antara AS dan China.