Terdapat 805 berita berdasarkan kata kunci carian " cap"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan, pengangkutan dan logistik serta perkhidmatan kewangan.

Sentimen Global Lemah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, meneruskan penyusutan sederhana berikutan sentimen global yang negatif menjejaskan minat pelabur terhadap risiko, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunannya pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter-kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, kesihatan, serta utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dipengaruhi Sentimen Bercampur-campur Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung sederhana serta isyarat bercampur-campur daripada Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak meneruskan peningkatan awalnya apabila ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan baru-baru ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.

Penilai Bebas Sahkan Sistem Aerotren KLIA Berfungsi Ikut Perancangan 

SEPANG, 2 Feb (Bernama) -- Penilai bebas sistem tren mengesahkan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi mengikut perancangan, dan gangguan perkhidmatan semasa fasa awal pengoperasian lazim berlaku untuk sistem yang kompleks.

IPP Pembuatan Malaysia Capai Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Bulan Pada Januari - S&P Global

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan keseluruhan kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan iaitu 50.2 pada Januari 2026 daripada 50.1 yang direkodkan pada Disember 2025.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Baharu

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh minat belian baharu dalam saham perbankan berikutan momentum dagangan meningkat pada akhir dagangan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya pada tengah hari ini dalam persekitaran pasaran serantau yang kebanyakannya rendah berikutan petunjuk bercampur-campur daripada Wall Street semalaman, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi Didorong Sentimen Lebih Baik

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat berikutan sentimen pasaran yang lebih baik selepas bursa itu menjelaskan bahawa tindakan Morgan Stanley Capital International (MSCI) baru-baru ini adalah terhadap Indonesia dan tiada kebimbangan sama dijangka melibatkan Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dengan kebanyakan sektor ditutup lebih rendah ketika pasaran berada dalam fasa penstabilan, kata seorang penganalisis.