1bulan ago
Daripada M.Saraswathi
PRETORIA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Afrika Selatan pada 6.38 malam waktu tempatan pada Khamis (12.38 pagi Jumaat waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20).
1bulan ago
SHAH ALAM, 20 Nov (Bernama) -- Selangor hari ini memberi penghargaan kepada pelabur domestik dan asing, bersama-sama dengan pihak berkepentingan utamanya atas sumbangan mereka kepada prestasi ekonomi negeri yang mantap menerusii Anugerah Penghargaan Pelabur Selangor (SIAA) 2023-2024.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia gagal mempertahankan kenaikan semalam yang menyebabkan ia ditutup rendah hari ini disebabkan pengambilan untung apabila penjualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih meningkat dalam dua jam terakhir dagangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan baru-baru ini susulan sentimen serantau yang bertambah baik, sekali gus menyokong mata wang Asia sedang pesat membangun.
1bulan ago
Daripada Saraswathi Muniappan
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Ethiopia akan berusaha sedaya upaya untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, hubungan dua hala serta memanfaatkan platform pelbagai hala.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 19 Nov (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT), SD Guthrie Land Ventures Sdn Bhd (SDGLV) dan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah membentuk perkongsian kerjasama strategik untuk membangunkan taman perindustrian bersepadu utama di Kulai, Johor.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mula mengukur dan melaporkan pelepasan karbon mereka memandangkan pembeli global semakin mengetatkan piawaian kemampanan merentas rantaian bekalan.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan trend meningkat apabila ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut, dipacu oleh perkembangan positif dalam sektor hiliran domestik, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kekuatan ekonomi Malaysia akan bergantung kepada tiga keutamaan, iaitu mencipta teknologi dan bukannya sekadar menerima pakai teknologi dan membina industri dengan keupayaan mendalam yang disokong oleh komitmen jangka panjang, kata Kementerian Ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pembangunan industri nadir bumi (REE) akan melalui proses libat urus yang ketat di peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan rantaian nilainya dibangunkan di dalam negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pembayaran rentas sempadan ASEAN menggunakan sistem kod Respons Pantas (QR) mencatatkan lonjakan dengan mencapai 12.9 juta transaksi pada separuh pertama 2025, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kira-kira 1.2 juta pertubuhan di seluruh Malaysia bakal terlibat dalam Banci Ekonomi 2026 (BE2026), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).