8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- West River Bhd (West River), penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan kemudahan baharu yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd memaklumkaN ia sedang giat meneroka potensi penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) sebagai sebahagian daripada strateginya untuk meluaskan akses kepada pasaran modal global dan meletakkan ekosistem perniagaan perkhidmatan digital dan penerbangannya untuk fasa pertumbuhan seterusnya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan berkuat kuasa 7 Julai, 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd telah menandatangani kontrak dengan ALPS Pte Ltd untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura bernilai kira-kira S$220.48 juta (kira-kira RM735.23 juta).
9bulan ago
ISTANBUL, 23 April (Bernama) -- Syarikat besar Malaysia disaran terus meneroka peluang pelaburan di luar negara yang bukan sahaja dapat meningkatkan jalinan kerjasama dalam konteks perniagaan tetapi mampu memperluas perkongsian teknologi dan kepakaran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang menjalani transformasi strategik susulan penswastaannya, pemegang saham baharunya memberi fokus pada menambah baik perjalanan penumpang, membaik pulih dan menggiatkan semula infrastruktur serta meningkatkan kecekapan operasi merentas rangkaian.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT), syarikat amanah pelaburan hartanah tempatan memeterai perjanjian penaja jamin dengan tiga bank pelaburan menjelang cadangan penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
9bulan ago
KUCHING, 24 April (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) sedang membangunkan infrastruktur penyimpanan dan pemerangkapan karbon (CCS) di Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Perindustrian Samalaju sebagai sebahagian daripada strategi kemampanan jangka panjangnya.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang meninjau kemungkinan mempercepatkan garis masa pemerolehan pesawat Boeing pesanannya selepas slot itu dilepaskan oleh syarikat penerbangan China susulan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) berkata ia tidak berhasrat untuk terus menerima suntikan modal daripada pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd.
9bulan ago
ALOR SETAR, 17 April (Bernama) -- Aman Seterra Sanctuary yang bakal dibina di Kuala Temoyong, Langkawi tahun depan bakal menjadi Perkampungan Persaraan Antarabangsa berkonsepkan Islam yang pertama di dunia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Syarikat penyedia penyelesaian tenaga kerja tempatan dalam sektor minyak dan gas Raziqin Global Ventures Sdn Bhd (RGV) hari ini mengumumkan usaha sama strategik dengan Neotek Inovasi Global (NIG) dari Indonesia, bagi memperkasa latihan dan pembangunan modal insan dalam industri berkenaan.