Terdapat 2919 berita berdasarkan kata kunci carian " perniagaan"

Malaysia Sambut Baik Pelaburan Tenaga Bersih, Sedia Bantu Pemain Industri — Fadillah

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pelaburan tenaga bersih dan bersedia untuk menyokong pemain industri yang ingin mengambil bahagian dalam usaha peralihan tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Penurunan Kadar Fed

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti belian pada harga rendah berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengurangkan kadar penanda arasnya sebanyak 25 mata asas, meskipun pasaran serantau mencatatkan penurunan.

Cold Storage Buka Cawangan Baharu Di Ipoh

IPOH, 11 Dis (Bernama) -- Pasar raya mewah, Cold Storage telah kembali ke Perak melalui pembukaan rasmi cawangan baharunya di Sentra Mall, Ipoh hari ini, menandakan komitmen yang diperbaharui untuk mengukuhkan kehadirannya di dalam komuniti tempatan.

Ambest Group Sasar Penyenaraian Di Bursa Malaysia Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ambest Group Bhd yang beribu pejabat di Pulau Pinang menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada suku pertama tahun depan.

MEF Sokong Pelaporan Data Kekosongan Jawatan Eis, Gesa Pelaksanaan Lebih Praktikal

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Langkah kerajaan untuk mengukuhkan pelaporan kekosongan di bawah Seksyen 45F Akta Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) adalah sejajar dengan amalan antarabangsa, tetapi ia memerlukan pelaksanaan yang praktikal, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Sektor Perbankan Digital Rintis Laluan Untuk Pertumbuhan 2025, Prospek Kripto Positif

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Lima bank digital berlesen yang dilancarkan pada 2025 telah mengubah semula landskap kewangan digital Malaysia, menandakan peralihan yang jelas ke arah ekosistem kewangan yang lebih inklusif dan penggunaan teknologi.

Tarif AS, SST Dan e-Invois Jadikan 2025 Tahun Percukaian Lebih Sibuk

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Tempoh 2025 akan diingati sebagai “tahun tarif”, dengan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan pasaran di seluruh dunia, malah Malaysia tidak terkecuali.

SEDA Sasar Solar, Hidro, Biotenaga Sebagai Asas Pertumbuhan Utama Peralihan Tenaga Perak

IPOH, 10 Dis (Bernama) -- Perak telah mewujudkan pangkalan tenaga boleh baharu (TBB) yang berpotensi besar untuk pengembangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Datuk Hamzah Hussin. 

MTDC Tempatkan Pemain Aeroangkasa Malaysia Di Persada Global Pada ASKL 2025

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) mengukuhkan peranannya sebagai pemudah cara teknologi mendalam negara dengan perasmian Aeromart Summit Kuala Lumpur (ASKL) 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC).

Kenaikan Pengecualian Nilai Ambang e-Invois Beri Lebih Masa, Kelonggaran Kepada Industri – PIKOM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk meningkatkan nilai ambang pengecualian e-Invois.

U Mobile Sedia Kemudahan Rangkaian 5G Generasi Seterusnya Di 20 Hartanah IGB

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- U Mobile akan melaksanakan perkhidmatan rangkaian 5G generasi seterusnya di 20 hartanah IGB Bhd (IGB) di negara ini, sekali gus menjadikannya kerjasama liputan 5G terbesar dalam bangunan (IBC), setakat ini.

Labuan FSA Keluar Nota Panduan Maqasid Al-Shariah Untuk Labuan IBFC

LABUAN, 10 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) telah mengeluarkan Nota Panduan mengenai Maqasid al-Shariah untuk Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).