1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan kenaikan dalam keuntungan bersihnya kepada RM92.74 juta pada suku kedua (S2) berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM41.57 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bapa Perbankan Islam Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Abdul Halim Ismail memainkan peranan yang amat signifikan dalam merintis dan mengembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Islam Malaysia Bhd Datuk Mohd Muazzam Mohamed.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Bapa Perbankan Islam Malaysia, Datuk Dr Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt Bernama) -- Langkah kerajaan meningkatkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan perubatan kepada RM4,000 dilihat sebagai insentif perancangan kewangan yang baik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Akta Kredit Pengguna (CCA) yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang akan menangani pertindanan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan serta mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Institusi kewangan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan kepada entiti perdagangan Labuan yang menjalankan aktiviti kewangan Islam, diperluas kepada aktiviti perniagaan takaful Labuan dan aktiviti berkaitan takaful Labuan yang layak, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan surat cara penyerahhakkan polisi insurans hayat dan sijil takaful keluarga secara pemberian kasih sayang atau melalui pemegang amanah dikenakan duti setem pada kadar tetap yang lebih rendah bermula 1 Januari 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarkan Kad Skor Maqasid Syariah (MSS), satu inisiatif perubahan yang bertujuan menilai impak dan kemampanan industri.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Peserta industri takaful digesa menerima aspirasi yang ditetapkan dalam draf dedahan penggunaan Ta`awun secara meluas dalam takaful yang dikeluarkan baru-baru ini bagi meneroka model baharu untuk menggalakkan perpaduan sosial dan pengagihan kekayaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Keadaan pasaran kewangan domestik kekal teratur sepanjang tempoh tidak menentu yang ketara dalam pasaran kewangan global pada suku kedua dan ketiga tahun 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).