8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, meletakkan dirinya sebagai pemain global yang bertanggungjawab dalam menangani perubahan iklim walaupun menyumbang hanya 0.8 peratus daripada pelepasan global.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.
8bulan ago
LIMA (Peru), 13 Nov (Bernama) -- Pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat pada 11.15 malam waktu tempatan di sini pada Selasa untuk lawatan rasmi dan menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 yang berlangsung dari 14 hingga 16 November.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion (US$1.1 billion) untuk Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.
8bulan ago
Daripada Nashir Mansor
KAHERAH, 12 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenal pasti 12 syarikat pembuatan terkemuka Mesir yang berminat untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi yang kukuh di samping mengutamakan matlamat pembangunan mampan (SDG) dengan tumpuan khusus kepada perubahan iklim, tenaga boleh baharu dan teknologi baharu.
8bulan ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Faktor ekonomi dan geopolitik memperlahankan pertumbuhan di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang terdiri daripada 21 negara anggota, menurut laporan Analisis Trend Serantau APEC.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab serantau bagi pembuatan kenderaan elektrik (EV) di ASEAN berdasarkan kepada sejarah 40 tahun dalam pengeluaran automotif sejak 1983 dan kluster perindustrian semikonduktor yang kukuh, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik 30 peratus Solarvest Holdings Bhd, Selarong Pertama Energy Sdn Bhd (SPESB) telah menerima kelulusan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk beroperasi sebagai penjual tenaga,
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau.
8bulan ago
Daripada M. Saraswathi
PERU (Lima), 12 Nov (Bernama) -- Wawasan Putrajaya APEC 2040 dan Pelan Tindakan Aotearoa akan terus menjadi panduan bagi memacu forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke arah komuniti dinamik serta inklusif, kata Pengerusi Pegawai Kanan APEC Carlos Vasquez.