BERITA TERKINI   Isu pentadbiran Negeri Sembilan: PM Anwar tegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan campuri urusan adat - Fahmi | Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa - Aminuddin | Bekas pemimpin parti politik Johor parah dipercayai tertembak diri sendiri semasa proses mengosongkan senjata di Lapang Sasar Ladang Rem, Kota Tinggi petang semalam - Ketua Polis Johor | SkyeChip Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama sasar raih RM352 juta melalui IPO | 

Terdapat 1684 berita berdasarkan kata kunci carian " seta"

Strategi Pelbagai Hala Kerajaan Seimbangkan Disiplin Fiskal, Pertumbuhan Ekonomi - MIER

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

SC Tambah 19 Entiti Klon Berpotensi, Lapan Entiti Tidak Sah Dalam Senarai Peringatan Pelabur

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.

Tengku Zafrul Komited Tingkatkan Produktiviti MITI Dan Agensi

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kekal komited untuk meningkatkan produktiviti kementerian bagi memastikan Malaysia kekal sebagai negara mesra pelabur dan perdagangan.

NIMP 2030 Berhasil Tingkatkan KDNK, Peluang Pekerjaan & Gaji Median Selepas Setahun Dilancarkan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Defisit Rendah Tahun Depan, Terbitan Hutang Pada RM163.5 Bilion - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Defisit Kerajaan Persekutuan yang berkurangan pada RM80 bilion tahun depan iaitu susut RM4.3 bilion daripada semakan unjuran RM84.3 bilion tahun ini, hanya mengunjurkan keperluan pinjaman bersih yang lebih sederhana pada 2025, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Pada Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan ke arah positif minggu depan berdasarkan jangkaan pertumbuhan pengeluaran yang lebih rendah dan kadar eksport yang lebih kukuh.

Belanjawan 2025 Menyeluruh, Inklusif Kemudi Ekonomi Negara Ke Tahap Lebih Baik - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ramai ahli akademik berpandangan Belanjawan 2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam bersifat inklusif, menyeluruh dan memfokus kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan dengan strategi mengemudi ekonomi negara ke tahap lebih baik. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Jumaat, sejajar dengan kelemahan di niaga hadapan minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago.

Penyasaran Subsidi: Kerajaan Jamin Pertahan Kepentingan Rakyat Terbanyak - PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan akan mempertahan kepentingan rakyat terbanyak dalam pelaksanaan penyasaran subsidi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan MADANI Ketiga 2025. 

Kerajaan Rangka Pelbagai Langkah Tingkat Taraf Hidup Rakyat - Tinjauan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan merangka pelbagai langkah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk menerusi bantuan tunai program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang melibatkan peruntukan RM8 bilion dan memanfaatkan 8.5 juta penerima tahun ini.

Asas Ekonomi Teguh, Peningkatan Ringgit Tingkatkan Keyakinan Pelabur

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang teguh dan prospek pertumbuhan menggalakkan akan diperkukuh melalui pembaharuan struktur sedia ada dan pasaran kewangan domestik berdaya tahan demi menarik pelaburan berkualiti tinggi seterusnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur.

Ekonomi Malaysia Diunjur Berkembang 4.5 -5.5 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus pada 2025 berbanding jangkaan 4.8 peratus dan 5.3 peratus pada 2024, menurut Kementerian Kewangan (MoF).