BERITA TERKINI   Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Feb - KPM  | 

Terdapat 2174 berita berdasarkan kata kunci carian " seda"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen pelabur yang kekal berhati-hati mengenai kebimbangan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) walaupun prestasi Wall Street semalaman positif.

ASEAN Perlu Utamakan Pelaburan Mampan, Rapatkan Jurang Pembangunan - ESCAP

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Nabilah Saleh

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan ASEAN perlu menggerakkan strategi pelaburan mampan dan inklusif sebagai pemacu utama daya tahan ekonomi dan pertumbuhan.

Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen Kembali Dengan Wajah Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pencinta mi di Malaysia kini boleh bersiap sedia! Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen bakal kembali dengan wajah baharu menampilkan bahan-bahan premium dan cita rasa Korea yang autentik.

Pelan Tindakan JS-SEZ Dijangka Siap Pada Suku Ketiga 2025 - Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kerajaan sedang menyediakan Pelan Tindakan Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan ia dijangka siap pada suku ketiga 2025.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Pengumuman Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi lagi pada Rabu disebabkan ketidaktentuan yang semakin meningkat susulan pengumuman tarif terkini oleh Donald Trump.

Pertumbuhan KDNK Di Rantau Asia-Pasifik Diunjur Perlahan Kepada 3.7 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

Kerajaan Johor Rangka Pelan Induk Bagi JS-SEZ - Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI, 19 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor ketika ini sedang merangka pelan induk bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

RHB Tingkatkan Sasaran Pembiayaan Mampan Kepada RM90 Bilion Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB menetapkan sasaran baharu sebanyak RM90 bilion bagi perkhidmatan kewangan mampan (SFS) menjelang 2027 berbanding sasaran lebih awal berjumlah RM50 bilion menjelang 2026.

IMFC-J Memacu Realisasi Pelaburan Dalam JS-SEZ - MIDA

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pembukaan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) menandakan satu pencapaian penting dalam mempermudah proses pelaburan untuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

RTEDM Rangka Pelbagai Inisiatif Galak Pembangunan, Penerimaan Teknologi Baharu

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) yang dipantau oleh Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IR), menggariskan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan dan penerimagunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan blockchain.

Disiplin Fiskal Kerajaan MADANI Tingkatkan Keyakinan Pelabur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024, menunjukkan pemulihan yang kukuh dalam mengurangkan hutang dan meningkatkan keyakinan pelabur global, kata ahli ekonomi.

Desatera Sasar Pertumbuhan Pada 2025 Selepas Catat Prestasi Kukuh 2024

BANGI, 18 Feb (Bernama) -- Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Dewina Holdings Sdn Bhd, optimis untuk mendapatkan lebih banyak projek dan mengembangkan jangkauannya pada 2025, selepas mencatatkan prestasi yang kukuh pada 2024 walaupun berdepan cabaran ekonomi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Feizal Nor Nurbi.