1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- BMI, syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan ekonomi Malaysia pada 2024 berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 5.0 peratus, disokong oleh pelaburan dan penggunaan yang kukuh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, sekali gus mengekalkan prospek positif daripada kedudukan lebih aset kewangan domestik yang lebih baik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Harga purata minyak sawit mentah (MSM) melonjak 9.7 peratus kepada RM4,179.50 satu tan tahun lepas daripada RM3,809.50 satu tan pada 2023, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Teknologi ketepatan, robotik, pendigitalan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) menjadi resepi utama yang akan membolehkan Malaysia mencapai kendiri makanan, terutamanya dalam pengeluaran beras berikutan cabarannya dalam peningkatan kos dan ketidakcekapan pengeluaran.
1tahun ago
PETALING JAYA, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia akan mengkaji semula program tenaga nuklearnya untuk dijadikan sebagai sumber tenaga yang berpotensi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2024 Malaysia dijangka berkembang pada 5.0 peratus, menyederhana daripada 5.3 peratus dalam suku ketiga 2024, demikian menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia dijangka meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada 17.30 juta tan pada 2025 berbanding 16.90 juta tan pada 2024, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pembaharuan adalah langkah penting untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi yang lebih berdaya tahan dan bertenaga yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran domestik dan global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Dagangan saham Yinson Holdings Bhd digantung mulai jam 9 pagi pada Selasa (14 Jan, 2025) sementara menunggu pengumuman daripada firma infrastruktur tenaga itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, Jan 14 (Bernama) – Palo Alto Networks, peneraju global dalam keselamatan siber, telah mengeluarkan Jangkaan Keselamatan Siber APAC untuk 2025, menawarkan tinjauan kritikal mengenai ancaman siber yang akan datang dan strategi bagi menanganinya.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Malaysia berhasrat menjadikan Pakistan sebagai hab pengedaran strategik bagi eksport minyak sawit ke Asia Tengah dengan memanfaatkan lokasi strategik serta berhampiran dengan pasaran pertumbuhan tinggi yang pesat berkembang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal tinggi pada separuh pertama 2025, dengan dagangan antara RM4,400 hingga RM4,800 satu tan, sebelum sederhana pada separuh kedua kepada antara RM4,000 hingga RM4,400 satu tan ketika kemuncak musim.