1tahun ago
KUANTAN, 2 Dis (Bernama) -- Ekonomi Pahang menyaksikan pertumbuhan 5.2 peratus pada 2023, mengatasi pertumbuhan 3.6 peratus di peringkat nasional dengan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM64.9 bilion, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan mesti mengutamakan industri perkapalan domestik dalam usaha memajukan perkapalan hijau dan pada masa sama menetapkan dasar perkapalan negara yang baharu untuk menangani jurang berpanjangan dalam sektor itu, kata persatuan industri perkapalan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan cenderung untuk meningkat lebih tinggi minggu depan disebabkan situasi bekalan yang terhad akibat gangguan cuaca, kata pakar industri Denis Low.
1tahun ago
KUCHING, 29 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menyasarkan pendapatan eksport daripada industri perkayuan dan buluh di Sarawak sebanyak RM8 bilion setahun menjelang 2030, kata Pengurus Besarnya Zainal Abidin Abdullah.
1tahun ago
Daripada Ahmad Aidil Syukri Hamzah
NEW DELHI, 29 Nov (Bernama) -- Keseimbangan hubungan perdagangan India dan ASEAN penting bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan tidak seharusnya cenderung kepada satu pihak, kata Setiausaha Tambahan Jabatan Perdagangan India Rajesh Agrawal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi suku ketiga (S3) tahun kewangan 2024 meningkat kepada RM1.91 bilion daripada RM1.70 bilion tahun lepas dipacu oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang sihat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang perniagaan boleh diteroka yang belum dimanfaatkan dengan perniagaan Rusia di tengah-tengah kebimbangan mengenai kenaikan tarif, membuka peluang kepada kedua-dua negara meningkatkan volum perdagangan dan mengukuhkan hubungan ekonomi.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh harga minyak mentah yang stabil dan kebimbangan terhadap bekalan getah yang terhad berikutan ramalan cuaca lembap, kata sumber pasaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kerajaan memberi peringatan kepada syarikat pengeluar tempatan supaya memastikan destinasi akhir barangan yang dieksport ke negara luar bagi mengelakkan terkesan dengan sekatan dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Syarikat Malaysia digalakkan meneroka peluang luas yang ditawarkan oleh perniagaan Rusia, terutamanya dalam bidang pendigitalan dan teknologi maklumat (IT), menurut Roscongress Foundation.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan prospek perniagaan bagi tempoh suku keempat 2024 kekal positif dengan Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) mencecah hampir 105 mata.