Terdapat 1911 berita berdasarkan kata kunci carian " pengeluar"

Kumpulan H&L Dan Prosperous Plantation Gabung Ladang Untuk Tingkatkan Hasil

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kumpulan H&L High Tech Bhd, H&L High-Tech Deco Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penggabungan ladang dengan Prosperous Plantation PLT (PPP) untuk mencapai skala ekonomi dan meningkatkan pengeluaran.

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia Naik Kepada US$118.0 Bilion Pada 15 Nov, 2024

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$118.0 bilion (US$1=RM4.46) pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding US$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.

Harga Minyak Diunjur Dalam Julat Antara US$65 Dan US$75 Setong Pada 2025

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).

CKD Corp Lancar Kilang Pembuatan Lanjutan Termaju Di Kulim Hi-Tech

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- CKD Corporation hari ini melancarkan pembinaan fasiliti pembuatan tercanggihnya di Kulim Hi-Tech Park, Kedah, menandakan peristiwa penting dalam pembangunan perindustrian Malaysia.

Tesla Guna Komponen Pembekal Tempatan, Pindah Teknologi Kepada Syarikat Malaysia - MITI

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pengeluar kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat, Tesla menggunakan komponen daripada kira-kira 45 pembekal tempatan secara langsung dan tidak langsung yang turut melibatkan pemindahan teknologi kepada pembekal tempatan.

BMI Unjur Harga Purata Minyak Sawit RM3,900 Setan Pada 2025

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan harga purata minyak sawit pada RM3,900 setan untuk 2025, turun daripada anggaran RM4,050 setan pada 2024.

Untung Bersih Petron Malaysia Pada Suku Ketiga Susut

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kentungan bersih Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd menyusut kepada RM4.63 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM81.90 juta pada tahun sebelumnya dalam keadaan aliran penurunan harga minyak.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi prestasi bercampur-campur pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga. 

Hab Perdagangan Pelabuhan Teluk Sapangar Beri Impak Pada Sabah

KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) -- Aspirasi Kerajaan Sabah yang mahu menonjolkan Pelabuhan Teluk Sapangar sebagai hab perdagangan di rantau ini dijangka memberikan impak positif yang signifikan terhadap ekonomi negeri dalam jangka masa panjang, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih RM789 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM789 juta pada suku ketiga berbanding keuntungan bersih RM424 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

7,900 Syarikat Guna E-invois, 87 Juta Dikeluarkan Setakat 19 Nov

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sebanyak 7,900 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois dan 87 juta e-Invois telah dikeluarkan melaluinya setakat 19 Nov, 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

RM44.2 Juta Akaun Sejahtera Dicarum Bagi Program I-lindung Hingga September 2024

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022 hingga September 2024, kata Timbalan Kementerian Kewangan Lim Hui Ying.