1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka dalam julat lebih kecil pada minggu depan susulan aliran kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah unjuran pengurangan kadar faedah di negara maju itu.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu mengiktiraf potensi sekutu bukan tradisional seperti Kesatuan Afrika, Amerika Latin dan BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menyatakan kesediaan kerajaan untuk bekerjasama dan membantu Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Kuala Lumpur selepas penubuhannya diumumkan Hong Kong pada awal tahun ini.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Sabah mencatatkan imbangan dagangan berjumlah RM9.6 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM11.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun.
1tahun ago
LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Kajian skop bagi memperkukuh Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand (MNZFTA), bakal meliputi bidang kerjasama baharu seperti perdagangan digital dan pengiktirafan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu bagi tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Meskipun tiada pembangunan projek mega diumumkan pada Belanjawan 2025, namun projek mega yang sedang berjalan dilihat akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyambut baik pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengesahkan status ringgit yang dipacu pasaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- MTD Capital Bhd dalam usaha meneroka pasaran baharu dan sektor berpertumbuhan tinggi bagi memacu pengembangan masa depan, menilai kerjasama strategik dan peluang perniagaan dalam sektor hartanah dan lain-lain.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kementerian Ekonomi komited untuk memastikan keseluruhan kawasan fasa satu Kedah Rubber City (KRC) diduduki pihak industri dalam tempoh setahun, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah Trinity Group Sdn Bhd melancarkan projek kediaman terbaharu, Trinity Sensoria, yang memperkenalkan sistem lima ciri perlindungan yang pertama di Malaysia bagi kondominium.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini disebabkan prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi, kata seorang penganalisis.