BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 0-1 Selangor | 

Terdapat 2369 berita berdasarkan kata kunci carian " peluang"

Kementerian Ekonomi Akan Lancar Pelan Hala Tuju Gas Asli Pada Tahun Ini - Rafizi

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan, kata Menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.

Bursa Malaysia Susut 0.43 Mata Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis ketika pelabur memberi reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mengatasi jangkaan awal dan mengekang Rizab Persekutuan AS (Fed) daripada bertindak melonggarkan dasar monetarinya.

Blackmores Peroleh Sijil Halal Jakim, Perluas Akses Kepada Pengguna Islam

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Komitmen BLACKMORES dalam menyediakan suplemen kesihatan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pengguna termasuk masyarakat Islam, diperkukuh menerusi pemerolehan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

MIDA, BEYOND4 Jalin Kerjasama Sokong PKS Yang Berkembang Pesat

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta BEYOND4 Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang pesat.

Sarawak Muktamadkan Ambil Alih MASwings, Kini Dikenali Sebagai AirBorneo

KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG), sekali gus memuktamadkan pengambilalihan MASwings yang kini dinamakan sebagai AirBorneo. 

Dasar AS Tidak Jejas Peluang Malaysia Tingkat Pelaburan Asing -- MIDA

BANGI, 12 Feb (Bernama) -- Malaysia masih berpeluang menarik lebih banyak syarikat asing, terutama yang beroperasi di negara-negara yang terkesan dengan dasar Amerika Syarikat (AS) walaupun berdepan cabaran geopolitik, demikian menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Belian Semasa Harga Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul, sekali gus membolehkan indeks utama kembali melepasi paras 1,590.

Sesi Padanan Niaga Thailand-Malaysia Dijangka Jana Dagangan Bernilai 120 Juta Baht

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Penganjuran Acara Padanan Perniagaan Produk Perindustrian Thailand-Malaysia pada 10-12 Feb, 2025 di Imperial Lexis Kuala Lumpur di sini, dijangka menjana dagangan bernilai 120 juta baht (100 Baht=RM13.18).

'Green Halal', Pencetus Perubahan Untuk Pertumbuhan Perniagaan - Alliance Islamic Bank

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Konsep ‘green halal’ (halal hijau) walaupun tidak diketahui ramai, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan dengan menggabungkan amalan halal dan mampan, kata Alliance Islamic Bank Bhd (AIS).

Penggunaan Data EO Dorong Tambahan US$100 Bln Kepada KDNK ASEAN - Laporan

SINGAPURA, 11 Feb (Bernama) -- Peningkatan penggunaan data Pemerhatian Bumi (EO) di serata Asia Tenggara dijangka menyumbang penambahan US$100 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini secara kumulatif bagi tempoh 2023 hingga 2030, kata laporan yang dikeluarkan hari ini.

Malaysia Komited Perkukuh Kerjasama Lapangan Terbang Dengan Turkiye - PM Anwar

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas keyakinan kerajaan Turkiye terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sekali gus mengesahkan lagi kerjasama kukuh dalam pengendalian Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGA).