1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka menunjukkan penurunan minggu depan ketika tempoh terakhir dagangan tahun ini dan permulaan dagangan 2025, dengan pergerakan mungkin berada dalam julat antara 4.47 hingga 4.50.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan penurunan minggu depan berikutan permintaan dilihat lembap pada musim cuti, kata pakar industri Denis Low.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap permintaan lemah yang mungkin meningkatkan keseluruhan paras stok negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) hari ini, disokong oleh peningkatan harga minyak yang menguntungkan Malaysia sebagai pengeksport.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kenanga Research menyemak semula unjuran keuntungan teras tahun kewangan 2025 Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) dengan peningkatan sebanyak 10 peratus yang mencerminkan jangkaan kenaikan harga poliolefin yang lebih tinggi dan keuntungan yang lebih baik bahagian khusus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah perdagangan industri ternakan di Malaysia meningkat 23.2 peratus atau RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil selepas People’s Bank of China memutuskan untuk tidak menurunkan kadar faedah awal minggu ini, langkah yang dilihat sebagai petunjuk positif.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Tenaga kerja Malaysia perlu diperkukuh bagi memastikan mereka bersiap sedia untuk masa depan, terutamanya dalam sektor kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh baharu (TBB), kata pengasas Learning Edge Perthpal Singh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Koko dan lada meneruskan prestasi peningkatannya pada 2024, didorong oleh permintaan global yang ketara selain usaha kerajaan dalam melonjakkan pertumbuhan komoditi berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Ketika 2024 hampir menutup tirainya, industri automotif dilihat begitu menyerlah bukan sahaja kerana mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik daripada jangkaan tetapi juga dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia yang begitu dinanti-nantikan.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.