9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa penampan modal bank-bank mencukupi untuk menyerap potensi peningkatan kerugian kredit daripada sektor perniagaan di bawah senario tekanan buruk.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatat pertumbuhan ketara dalam terbitan sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) yang mencecah RM11.9 bilion pada 2024 atau peningkatan hampir sembilan kali sejak terbitan sulung pada 2017, susulan sokongan rangka kerja sedia ada.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pharmaniaga Bhd meneruskan pelan regularisasi kumpulan supaya keluar dari status Nota Amalan 17 (PN17) selepas pemegang saham meluluskan tiga resolusi utama pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Tokenisasi bon dan sukuk, yang bertujuan untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran modal Malaysia, dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Co-opbank Pertama (CBP) akan terus memantau kedudukan modalnya selain memastikan ia kekal pada tahap optimum bagi menyokong pengembangan perniagaan mereka.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pasaran Modal Islam (ICM) kekal sebagai komponen utama pasaran modal Malaysia, yang menyumbang 63.04 peratus kepada keseluruhan pasaran modal.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Peningkatan ekosistem aset digital di Malaysia mencerminkan semakin tinggi tahap kesedaran pelabur tempatan terhadap kelas aset baharu, khususnya aktiviti perdagangan aset kripto, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 permohonan ekuiti dengan 10 daripadanya adalah tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran RM21.39 bilion.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Minat belian yang kukuh dalam bursa tempatan selain peningkatan ketara jumlah tawaran awam awal (IPO) dan pertumbuhan jumlah terkumpul pasaran bon dan sukuk telah meningkatkan saiz pasaran modal sebanyak 9.7 peratus kepada RM4.2 trilion pada 2024 daripada RM3.8 trilion pada 2023.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- PEOPLElogy Bhd telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Kenanga Investment Bank Bhd bagi tawaran awam permulaan (IPO) bersempena penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Rohas Tecnic Bhd, RBC Water Sdn Bhd, menandatangani kertas terma ikatan dengan Korea Water Resources Corp (K-Water) untuk menjual keseluruhan 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Phu My Vinh Construction and Investment Corp (PMV) pada RM87.14 juta.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pertama Digital Bhd akan memperoleh 80 peratus kepentingan ekuiti dalam kedua-dua D-Ron Singapore Ltd dan D-Ron Malaysia Sdn Bhd pada harga RM105.65 juta.