4bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia terus menonjol sebagai destinasi pilihan dengan kedudukan strategiknya yang menyediakan peluang untuk menubuhkan dan mengembangkan operasi serantau bagi pelbagai sektor industri, kata sebuah firma perunding.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kerajaan terus mempergiat usaha menarik pelaburan ke zon ekonomi khusus untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
4bulan ago
Oleh Wong Cheng Hau
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 40 peratus daripada 120,000 pekerjaan dalam sektor perkhidmatan perniagaan global (GBS) di Malaysia akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk beralih kepada perkhidmatan bernilai tinggi.
4bulan ago
KOTA KINABALU, 20 Ogos (Bernama) – Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menjalin kerjasama strategik dengan Invest Sabah Berhad (Invest Sabah) menerusi Jelajah Bioekonomi 2025 untuk membantu memperkukuh ekosistem bioekonomi Sabah.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- YTL Green Data Centre di Kulai, Johor kini meletakkan Malaysia di peta global sebagai hab kecerdasan buatan (AI) dan Pusat Kecemerlangan AI di rantau ASEAN.
4bulan ago
JOHOR BAHRU, 20 Ogos (Bernama) – Projek MBW Innexus Industrial City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 37,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai peringkat kemahiran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
4bulan ago
PETALING JAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia bersedia untuk berkembang maju dalam era baharu ini melalui kerjasama dan dasar yang tepat serta kepimpinan ASEAN yang menyediakan platform untuk pertumbuhan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berharap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menerima sokongan sewajarnya dalam Belanjawan 2026 supaya mereka lebih bersedia untuk mengeksport dan menembusi pasaran baharu.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) memperkasakan 19 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera yang berjaya memperkukuh prestasi serta melonjakkan perniagaan melalui ILTIZAM Catalyst 2024, sebuah program teras di bawah tonggak keusahawanan ILTIZAM.
5bulan ago
KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Anugerah Ekonomi Digital Sarawak 2025 (DEA2025), yang akan mengiktiraf pencapaian dalam tujuh kategori kecemerlangan digital, kini dibuka untuk penyertaan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih dengan rekod tertinggi sebanyak RM168.43 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2025, melonjak 82.7 peratus berbanding RM92.20 juta pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Kemudahan pejabat dan makmal kejuruteraan terbaharu Advanced Micro Devices Inc (AMD) yang tersenarai di Nasdaq (Bursa Saham Amerika Syarikat) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, menggariskan komitmen syarikat itu untuk mengembangkan perkhidmatan perniagaan global dan operasi kejuruteraan di Malaysia.