7bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih semula daripada penurunan pada sesi awal untuk ditutup tinggi sedikit hari ini disokong oleh keyakinan terhadap segmen pusat data dan daya tahan saham di tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Memorandum persefahaman (MoU) Grid Tenaga ASEAN (APG) yang dipertingkatkan, yang dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini akan memfokuskan kepada penyeragaman peraturan dan kawal selia, menyelaraskan keperluan teknikal dan mewujudkan model kewangan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan terus melabur dalam pengeluaran bahan api fosil, walaupun momentum yang semakin meningkat di sebalik inisiatif kemampanan dan peralihan tenaga global.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Harga minyak global melonjak berikutan jangkaan berlaku kejutan bekalan akibat konflik yang semakin memuncak di sekitar kawasan Selat Hormuz, menurut Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik Israel-Iran yang meningkat, kata penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kesalinghubungan global berdepan tekanan berikutan ketidaktentuan yang meningkat, menjejaskan kebolehjangkaan, kebolehpercayaan serta kestabilan sistem perdagangan dan ekonomi global sedia ada, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, meneruskan aliran penurunan minggu lepas, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang rendah dalam situasi konflik meningkat di Timur Tengah antara Israel dan Iran, kata penganalisis.
7bulan ago
BANGI, 15 Jun (Bernama) -- Asia berperanan penting dalam memacu inovasi dan pertumbuhan mampan bagi peralihan tenaga, kata Naib Presiden Kelestarian Korporat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Charlotte Wolff-Bye.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) – Persidangan Energy Asia 2025 bertemakan “Delivering Asia’s Energy” di sini pada 16-18 Jun, 2025, menjadi platform tepat bagi Malaysia dan rantau ini menilai kemajuan mencapai matlamat peralihan tenaga serta memperkukuh komitmen negara ke arah sasaran pelepasan karbon sifar bersih.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- New Energy Asia Sdn Bhd, usaha sama (JV) yang baru ditubuhkan antara HICOM Engineering Sdn Bhd (HESB) dan Hangzhou Flash Charging New Energy Co Ltd (HFC) China akan menjadi pengedar eksklusif pengecas kenderaan elektrik (EV) Lotus di seluruh rantau ASEAN.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- New Energy Asia Sdn Bhd, usaha sama (JV) yang baru ditubuhkan antara HICOM Engineering Sdn Bhd (HESB) dan Hangzhou Flash Charging New Energy Co Ltd. (HFC) China boleh mempercepat pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini.